Ya Allah…
seandainya
telah engkau catatkan
dia akan
menjadi teman menapaki hidup
satukanlah
hatinya dengan hatiku
titipkanlah
kebahagiaan di antara kami
agar
kemesraan itu abadi
dan Ya Allah … ya
tuhanku yang maha mengasihi
seiringkanlah
kami melayari hidup ini
ke tepian
yang sejahtera dan abadi
tetapi Ya Allah
seandainya
telah engkau takdirkan…
..dia
bukan milikku
bawalah
dia jauh dari pandanganku
luputkanlah
dia dari ingatanku
ambillah
kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan
peliharalah aku dari kekecewaan
serta Ya Allah ya
tuhanku yang maha mengerti….
berikanlah
aku kekuatan
melontar
bayanganya jauh ke dada langit
hilang
bersama senja nan merah
agarku
dapat bahagia walaupun tanpa
bersama
denganya
dan Ya Allah yang
tercinta ….
gantikanlah
yang telah hilang
tumbuhkanlah
kembali yang telah patah
walaupun
tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya
tuhanku…..
pasrahkanlah aku dengan takdir mu
sesungguhnya
apa yang telah engkau takdirkan
adalah
yang terbaik buat ku
kerana
engkau maha mengetahui
segala yang
terbaik buat hamba mu ini
Ya Allah
cukuplah
engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia
dan di akhirat
dengarlah
rintihan dari hamba-mu yang daif ini
jangan
engkau biarkan aku sendirian
di dunia
ini mahupun di akhirat
menjuruskan
aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran
maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya
aku dan dia dapat membina kesejahteraan
hidup
ke jalan
yang engkau redai
dan
kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
amin…ya
rabbal’alamin..
No comments:
Post a Comment
i LovE AlLaH