bismilahirahmanirahim......
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang
paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai
manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada
juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak
kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh
insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan
semua makhluk Allah adalah terletak pada nur
taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh
yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka;
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah
kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana
itulah...
Sebagai
anak,
dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai
isteri,
dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai
ibu,
dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya
sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah
diri hanya kepada-Nya...
Firman
Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa
yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang
ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam
Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana
eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga
lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki
dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang
berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup
setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah,
Mardhatillah.
Rasulullah
s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut
fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku
baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang
rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk
meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia
akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
Al-Bukhary dan Muslim
Nilai
wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri
untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada
kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah
itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir
dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah
wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya
sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah
an-Nur,30.
Allah
melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang
telah zahir daripadanya.
Ulama
Syafie berpendapat makna "apa
yang zahir daripadanya"
adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang
fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh
melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai
aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi
wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan
tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak
menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster,
facebook
dan lain-lain.
Suaranya
bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami
erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi,
kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab
ayat: 33."
Maka janganlah kamu
melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang
yang ada penyakit hatinya".
Jadi,
bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang
betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka
dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi
Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada
binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan
tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa
a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput
Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada
peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita
yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia
berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa
malu.
Berurusanlah
dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat
juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s
antara
lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai
khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.
Saidina
Umar r.a berkata, "Aku
lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di
belakang seorang wanita".Seorang
wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya,
kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan
tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan
jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah
tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan
menutup punggung.
Ketahuilah
bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah
saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut
telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah
menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak
tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut
berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau
berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam
keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika
peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk
memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan
perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.
Hari
ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam
tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita
solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan
yangmustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani
muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka
sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa
yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu,
mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui
jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya
wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat.
Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan
produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada
pandangan umum.
Aku
bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat
membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab,
"saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak
bertabarruj(berhias diri)
firman
Allah swt:
"Janganlah kamu
berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah
al-Ahzab_33)
ya,memang
benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi
mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith
dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu
adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di
hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang
Wanita
solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah
perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya
untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa
tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat
kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu,
ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur
manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul
aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput
pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan
dalam keadaan buta.
Wanita
solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada
sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga
pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat
mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun
akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia
akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan
di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di
kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah
arRahman...MasyaAllah...
SAUDARIKU,
Bangkitlah
dari lenamu yang panjang,
dan
tidak berkesudahan,
sekali
kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu
punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun
kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah
kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...
Saudariku...
hidup
ini seperti mimpi,
seorang
pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji
dan dipuja,
segala
kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi
bila dia sedar dari lenanya,
dia
masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang
raja yang bermimpi,
menjadi
seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia
dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi
bila raja itu sedar dari lena,
dia
tetap seorang raja...
Saudariku...
itulah
hakikat hidup di dunia,
kalau
susah,susah yang sementara,
kalau
senang, senang yang sementara,
tapi
hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau
senang di akhirat..senang untuk selamanya...
Saudariku...
matanglah
dalam urusan akhiratmu,
jgn
kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau
sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn
kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika
kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
Saudariku...
Saidatina
Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik
baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan
kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu
bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika
kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang
boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di
mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi
jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau
telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang
hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...
Saudariku...
ingatlah
pesan Rasulullah s.a.w,
"barang
siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah
penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga
- moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip
isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak
di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi
apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti
akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
Saudariku...
jadilah
wanita solehah,
yang
taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah
menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan
kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun
langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah
hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah
hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah
dalam kebaikan dan kesolehan,
agar
tarikan dan hembusan nafasmu,
di
dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah
hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun
dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi
baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...
Saudariku...
ajarlah
jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia
tidak semudah pengucapan,
kau
akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di
kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di
kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan
tuhan,
hiasilah
setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah
di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan
zahidah,
jalan
yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah
r.a,
di
mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan
bertemu syurga Allah...
semoga
antunna dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala
penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan
memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna
beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa
tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah
untuk mendakapnya.amiiiiiinn
No comments:
Post a Comment
i LovE AlLaH