Nikmat: Bersyukur Atau Mengeluh?
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah... Sekali lagi kita semua diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang agak baik pada hari ini. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya.
Allah telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?
Alhamdulillah... Sekali lagi kita semua diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang agak baik pada hari ini. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya.
Allah telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat
menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." - (An-Nahl: 18)
Kita sering mendengar pelbagai keluhan dan kita sendiri mengeluh.
"Bising betullah mesin ni.
Cubalah senyap sikit."
"Penat je beli baju ni bulan lepas. Dah tak muat."
"Penat je beli baju ni bulan lepas. Dah tak muat."
Ada
sahaja yang kurang bagi kita. Ada sahaja yang kita hendak rungutkan. Tidak
pernah cukup dengan apa yang kita ada. Lumrah manusia, merungut dah tidak
berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Tetapi mari kita sama-sama cuba
fikirkan apa yang terjadi dan apa yang ada pada kita.
- Kita merungut dengar bunyi
bising hari-hari, memang geram, sakit hati. Itu sebenarnya menandakan kita
masih lagi mampu mendengar.
- Kita merungut pakaian yang
kita pakai sudah ketat, kecik, tidak muat. Tetapi tidakkah kita bersyukur,
baju itu sudah tidak muat kerana kita sebenaranya cukup makan. Allah beri
rezeki melimpah ruah.
- Kita merungut untuk rumah
yang kita kena bersihkan, mop lantai, lap tingkap, sapu rumah dan
sebagainya hari-hari. Tetapi bersyukurlah kerana itu menandakan kita masih
lagi mempunyai tempat tinggal untuk berlindung dari hujan dan panas.
- Kita mengeluh otot-otot kita
kejang, kita sakit-sakit badan buat kerja hari-hari. Tetapi, itu
sebenarnya menandakan kita masih mempunyai kudrat untuk berkerja kuat
mencari rezeki.
- Kita merungut untuk kerenah
anak-anak yang tidak menetu dirumah. Kadang-kadang kita rimas. Tetapi
besyukurlah, sekurang-kurangnya mereka berada di rumah, bukan di jalanan
berpeleseran.
- Kita mengeluh kerana tempat
letak kereta ke lif yang mungkin agak jauh. Tetapi sebenarnya kita perlu
bersyukur kerana diberi nikmat masih mampu berjalan.
- Kita mengeluh untuk timbunan
pinggan mangkuk, pakaian yang perlu dicuci. Tetapi, itu menandakan kita
sebenarnya memiliki semua itu untuk digunakan.
- Untuk pagi-pagi yang selalu
dikejutkan dengan jam loceng, kita merungut kemalasan. Tetapi itu
menandakan kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengharungi hari sekali
lagi.
Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat)
kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat
berat" - (Ibrahim:7)
Dan
sebenarnya, Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Setiap nikmat yang Allah
berikan itu juga adalah ujian bagi kita. Pancaindera, rumah, pakaian, keluarga,
kewangan, mahupun pekerjaan adalah sebahagian nikmat yang kita perolehi
seharian. Ada diantara kita yang sedar dan tahu,tetapi ada juga yang tidak.
“Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru
Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata,
"Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku".
Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” - (
Az-Zumar:49)
Sebagai
manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang
kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa
yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua
nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan
kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.
Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)
Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)
No comments:
Post a Comment
i LovE AlLaH