Thursday, July 4, 2013

CINTA ITU TUMBUH KERANA TERBIASA...

Bismilahirahmanirahim...


Ada pepatah jawa yang berbunyi "Wiwiting tresno jalaran soko kulino" yang membawa maksud "Cinta itu tumbuh kerana terbiasa". Benar bukan..? 
Dalam kebanyakan hal yang kita lalui dalam hidup ini, rasa selesa kita pada sesuatu itu, rasa senang kita pada suatu keadaan itu, rasa suka kita pada seseorang itu. Semuanya hasil daripada kebiasaan diri kita dengan sesuatu itu.
Contohnya, bila sudah terbiasa makan nasi, dari kecil lagi makan nasi, akhirnya lahir rasa suka makan nasi. Mesti makan nasi dalam sehari sebab dari kecil terbiasa dengan nasi. Jadilah cinta pada nasi, makanan lain tidak mahu, kalau mahu pun tak nak selalu.
Ini satu lagi contoh, di televison setiap hari ditayangkan iklan Ice Cream Cornetto. Dah hari - hari terpampang Ice Cream Cornetto depan mata, pasti timbul pula rasa berkenan nak beli dan makan Ice Cream Cornetto tu kan?
Begitulah juga halnya apabila seseorang yang sudah terbiasa dengan kemungkaran dan kemaksiatan, lama kelamaan rasa cintanya pada kemungkaran dan kemaksiatan itu berputik. Sebaliknya, orang yang sudah terbiasa dengan kebaikan, InsyaAllah rasa kecintaan kepada perkara kebaikan dan perkara yang menghala kepada keredhaan Allah akan mekar di dalam jiwa. Justeru, kebiasaan itu haruslah sesuatu yang tidak melanggar syara' agar rasa suka dan cinta yang akan lahir itu juga tidak melanggar syara'. 
Jadi, jangan kita biarkan diri kita terbiasa dengan kemaksiatan dan kemungkaran. Lawan kebiasaan itu dengan membiasakan diri kita dengan perkara - perkara kebaikan dan perkara - perkara yang menguatkan iman. Contoh, jika kita buka TV, asyik - asyik banyak program yang lagho je ade kan, program yang "mengiklankan" kemaksiatan, kemungkaran dan hiburan yang berlebih - lebihan. Jadi, pilihlah TV yang akan membiasakan diri kita dengan kebaikan contohnya Astro Oasis, Al Hijrah, dan program - program yang "mengiklankan" kebaikan contohnya Tanyalah Ustaz, Halaqah sentuhan qalbu, di TV9 dll.
Tinggal pilih sahaja bukan? Pilihan di tangan kita.
Begitu juga di alam maya. Jika anda biasakan diri anda dengan web - web yang membawa kebaikan dan yang mengajak pada kebenaran. InsyaAllah pasti diri anda akan lahir rasa kecintaan pada kebaikan dan kebenaran. Sebaliknya jika diri anda membiasakan diri dengan web yang menyajikan hiburan melampau, porno, dan sebagainya. Pasti rasa cinta pada perkara itu terpupuk dalam diri anda. Ingat ! bukan apa yang kita suka Allah suka. 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(QS 2:216)
Oleh itu, Biasakanlah diri anda dengan perkara yang Allah suka agar diri kita terlahir rasa cinta pada perkara yang Allah suka. InsyaAllah.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia..
Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci..
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya..
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu,
langkah serong dan perkara yang tercela..
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,
di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi
dan perangai yang terpuji.~ Hamka ~
Teringat kata - kata dalam novel Ketika Cinta Bertasbih 1,
"Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.~"
SubhanAllah indahnya !
"Ya Allah, Cintakanlah daku pada perkara - perkara yang Engkau cintai dan Bencikanlah daku pada perkara - perkara yang Engkau murkai"
                                                                                                                    

No comments:

Post a Comment

i LovE AlLaH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...