Monday, July 8, 2013
Thursday, July 4, 2013
CINTA ITU TUMBUH KERANA TERBIASA...
Bismilahirahmanirahim...
Ada pepatah jawa yang berbunyi "Wiwiting
tresno jalaran soko kulino" yang membawa maksud "Cinta itu
tumbuh kerana terbiasa". Benar bukan..?
Dalam kebanyakan hal yang kita lalui dalam hidup ini,
rasa selesa kita pada sesuatu itu, rasa senang kita pada suatu keadaan itu,
rasa suka kita pada seseorang itu. Semuanya hasil daripada kebiasaan diri kita
dengan sesuatu itu.
Contohnya, bila sudah terbiasa makan nasi, dari kecil
lagi makan nasi, akhirnya lahir rasa suka makan nasi. Mesti makan nasi dalam
sehari sebab dari kecil terbiasa dengan nasi. Jadilah cinta pada nasi, makanan
lain tidak mahu, kalau mahu pun tak nak selalu.
Ini satu lagi contoh, di televison setiap hari
ditayangkan iklan Ice Cream Cornetto. Dah hari - hari terpampang Ice Cream
Cornetto depan mata, pasti timbul pula rasa berkenan nak beli dan makan Ice
Cream Cornetto tu kan?
Begitulah juga halnya apabila seseorang yang sudah
terbiasa dengan kemungkaran dan kemaksiatan, lama kelamaan rasa cintanya pada
kemungkaran dan kemaksiatan itu berputik. Sebaliknya, orang yang sudah terbiasa
dengan kebaikan, InsyaAllah rasa kecintaan kepada perkara kebaikan dan perkara
yang menghala kepada keredhaan Allah akan mekar di dalam jiwa. Justeru,
kebiasaan itu haruslah sesuatu yang tidak melanggar syara' agar rasa suka dan
cinta yang akan lahir itu juga tidak melanggar syara'.
Jadi, jangan kita biarkan diri kita terbiasa dengan
kemaksiatan dan kemungkaran. Lawan kebiasaan itu dengan membiasakan diri kita
dengan perkara - perkara kebaikan dan perkara - perkara yang menguatkan iman.
Contoh, jika kita buka TV, asyik - asyik banyak program yang lagho je ade kan,
program yang "mengiklankan" kemaksiatan, kemungkaran dan hiburan yang
berlebih - lebihan. Jadi, pilihlah TV yang akan membiasakan diri kita dengan
kebaikan contohnya Astro Oasis, Al Hijrah, dan program - program yang
"mengiklankan" kebaikan contohnya Tanyalah Ustaz, Halaqah sentuhan
qalbu, di TV9 dll.
Tinggal pilih sahaja bukan? Pilihan di tangan kita.
Begitu juga di alam maya. Jika anda biasakan diri anda
dengan web - web yang membawa kebaikan dan yang mengajak pada kebenaran.
InsyaAllah pasti diri anda akan lahir rasa kecintaan pada kebaikan dan
kebenaran. Sebaliknya jika diri anda membiasakan diri dengan web yang
menyajikan hiburan melampau, porno, dan sebagainya. Pasti rasa cinta pada
perkara itu terpupuk dalam diri anda. Ingat ! bukan apa yang kita suka Allah
suka.
Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui.
(QS 2:216)
Oleh itu,
Biasakanlah diri anda dengan perkara yang Allah suka agar diri kita terlahir
rasa cinta pada perkara yang Allah suka. InsyaAllah.
Cinta itu adalah
perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia..
Ia laksana setitis
embun yang turun dari langit, bersih dan suci..
Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya..
Jika ia jatuh ke
tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh
kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu,
langkah serong dan
perkara yang tercela..
Tetapi jika ia
jatuh kepada tanah yang subur,
di sana akan tumbuh
kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi
dan perangai yang
terpuji.~ Hamka ~
Teringat kata - kata dalam novel Ketika
Cinta Bertasbih 1,
"Jika kau
bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah
dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu.
Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan
dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.~"
SubhanAllah indahnya !
"Ya Allah, Cintakanlah daku pada perkara -
perkara yang Engkau cintai dan Bencikanlah daku pada perkara - perkara yang
Engkau murkai"
CINTA ISLAMIK
##################################
CINTA ISLAMIK
##################################
Bismilahirahmanirahim.....
Memang sudah menjadi naluri
remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka
dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan
percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan dalam Islam. Antara
ayat-ayat yang sering kali diungkapkan seandainya berbicara tentang cinta
adalah :
'ala..aku couple dengan dia sebab
nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat
maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian
mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa':
32)
'macam mana nak cakap dengan dia
ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia
sanggup tunggu aku ke?'
'tak apa kot, kami bukan macam
pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah
sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini
berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar
maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui
segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya
pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan
adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik
adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah
An-Nur:
"dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang
baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak
sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah
bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat
kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan
agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan
agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum
pernikahan.
Ayuh! Kita abadikan doa ajaran
Rasulullah SAW ini dalam sujud ;
"Ya
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"
(Al-Furqan
25:74")
Ingatlah! percintaan selepas
adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah
warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkataN
Nota Cinta :
Cinta Islamik atau Islamic Love hanya wujud selepas
nikah jer..
Bercinta lepas nikah lebih indah
dan berkat..
(orang kata dan memang pun)
Jangan ber"couple "
sebelum nikah
nanti dah nikah dah bosan untuk
couple...
Subscribe to:
Comments (Atom)