Thursday, January 17, 2013

YOU ARE STRONG


Bismillahirahmanirahim....

Nak Tanya sesuatu ??? pernah tak buat mcm nie > Tengok cermin..... tengok muka ukhti kat cermin dan kata pada diri ukhti SAYA KUAT LALUI SEMUA NIE....SAYA BOLEH......selepas tue tiba tiba air mata menitik dengan sendirinya....

Or mcm nie.... sedang dalam perjalanan menuju ke destina mana mana lah ukhti nak pergi kan... tengok langit dan.... tiba tiba air mata menitis....

Sukar untuk digambarkan perasaan ini.... Cuma atas penjelasan yang ana terima dari beberapa teman ana.... dan ini lah yang mereka kata.... sangat berhasil...... 

Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.

Hari ini rata ratanya teman teman ana mengakui perkara ini... then ana cerita tentang ini... bagaimana Allah sayang sangat kat hambanya... penerangan seterusnya ana ambil dari hamba Allah yang yang berbicara tentang hakikat ini..... cuba fikir2 kan...sekadar kongsian



Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya menguntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.


Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

>Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama² merenungkan ayat ini..

"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)

No comments:

Post a Comment

i LovE AlLaH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...