Bismilahirahmanirahim......
1.
Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering
kali ingat apa yang orang lain ada.
3.
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit
pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu,
lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih
mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah
merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang
malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan
yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa
lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9.
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10.
Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu
mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan
berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat
sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu
adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas
yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan
keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian
sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu
lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul
tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah
hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda
sangkakan.
No comments:
Post a Comment
i LovE AlLaH