Tuesday, January 29, 2013

NIKAH KHITBAH vs TUNANG - CP

Bismilahirahmanirahim...

 ajuk kali ini ialah TUNANG(adat) VS NIKAH KHITBAH(nikah gantung)


NIKAH KHITBAH
  • akad nikah dilakukan ketika menyatakan hasrat kpd keluarga wanita (sah suami isteri)
  • sah hubungan suami isteri tetapi tidak duduk bersama kerana belum bersedia (belajar, cari wang yg mencukupi, etc)
  • bila dah bersedia, walimatul urus (kenduri persandingan) diadakan dan boleh duduk bersama
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri sekali je ;P , selamatttt)

TUNANG
  • menyatakan hasrat kpd keluarga wanita, dan bertunang (hubungan bayangan)
  • masih tidak sah hubungan suami isteri dan tidak duduk bersama
  • bila dah bersedia, buat majlis akad nikah, buat walimatul urus, dan boleh duduk bersama apabila sudah sah hubungagn suami isteri.
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri 3 KALI PALING KURANG, amik kaw..)

the PROBLEM dalam masyarakat kita sekarang ialah.. "GATAL".. PENYAKIT GATAL YG MELANDA KETIKA TEMPOH TIDAK DUDUK BERSAMA..
tp penyakit GATAL ni tak salah kalau disalurkan dengan cara yg betul.. contohnya..


TIME DATING
 
 
 
PEGANG-PEGANG / MANJA-MANJA


dan yang paling best...
SELAMAT DARI PENCABAR2 TERDEKAT
 
 
 
Hadis Rasulullah (saw)
"wahai pemuda pemudi, brgsiapa di antara kamu yg mampu berkahwin, kahwinlah kamu kerana dengannya mampu menjaga pandangan serta kemaluan kamu. Tapi.... Kalau kamu tidak mampu, maka berpuasalah"




errrrr... teme hanye share maklumat... tiada niat terselindung DAN YANG PALING PENTING...
nie bukan ana yang lakar copy and paste sahaja dari Blog TEMERITY... best

PSS : bertunang tak salah.. tp jgn "OVER".. silap pada masyarakat kita ialah, kita jadikan pertunangan tu sebagai "LESEN" utk lakukan maksiat... renung2kan... wallhualam~~

 
 

Thursday, January 17, 2013

WE CREATE HISTORY..... MY DAY IS GONE


Bismilahirahmanirahim....

Hai guys..... just now  I feelin like its gone...... hari ini kita dia berikan banyak kenangan2 indah yang dihadiahkan Allah S.W.T kepada kita..... kita slalu kata....



kenangan ini tak mungkin saya akan lupakan.... kenangan ini saya paling tak leh lupa..... kenangan ini masih fresh lagi kat ingatan.... kenangan ini terpahat di jiwa sanubari ku.....

semua ini kata kata hati setiap hamba yang menghargai sejarah dalam kehidupan mereka masing2... ana berpendapat kenangan tue macm sejarah dalam hidup kita.....


sama ada Sejarah hidup kita baik atau tidak kita yang akan mencorakkan nya... .. for example.... pada tahun 2007 si fulan bin fulan ini telah berbulan madu di Ireland dan korea..... sudah pasti ia menjadi kenangan indah.. tapi sedar tak kita.... ia sama seperti sejarah individu iti sendiri yang mungkin akan berulang kembali..... yang sudah tercatat dan terjadi... tak boleh diubah sebab masa tak juga akan bermula seperti sediakala...kita tak bisa menjadikan masa kembali pasa asal seperti mana kejadian big bang... ia bergerak laju dengan pelbagai cerita yang juga turut tercatat masa,tempat,bila,mengapa, siapa, dan byk2 lagi lah.....
kita mengenal sejarah Negara... tapi pernah tak kita kenangkan sejarah hidupkita.... kita di ajar untuk mentauladani masa dan sejarah kita ketika dahulu....seperti mana masa kita masih belum merdeka... kita diajar untuk mengimbau semula sejarah untk kita pelajari dan melihat sejenak tabir tabir silam yang dulu kita lalui....

tapi ana nak Tanya kat sini... pernah tak kita jenguk sedikit masa silam kita untuk pelajari sesuatu....
mesti ada yang pernah dengar kata kata nie.... “ jangan dikenang kisahyang silam...yang lepas tue biar lah lepas.... masa tak akan mampu berundur dan u turn lagi”

yes... ana setuju dengan kata kata ini... tapi hakikatnya hari ini kita diajar untuk mengenangkanya semula sebagaimana sejarah Negara kita hari ini... so what is the point why  kita tak boleh mengimbau masa untuk belajar sesuatu dari kisah yang kita sendiri pernah lakarkan.... 

ana ambil point yang positive akan hal berkaitan dengan ini.....

belajar dari kesilapan anda... kita tak salah menoleh seketika untuk melihat sesuatu yang pasti mentarbyyah diri dan betapa kita leka, lupa dan khilaf ketika waktu dahulu...
kita mudah judge orang lain salah... tapi malangnya...kita lupa kita pun mcm mereka... kita kata mereka  pernah buat salah...tapi hakikatnya kita juga pernah salah.. Cuma mungkin berbeza salah sahaja....
kita tak leh buat lain merasa salah akan sejarah yang berlaku....  sebab hakikatnya hari ini Negara Malaysia yang hebat hari ini juga pernah dijajah Negara lain...

hatta juga manusia... manusia yang pernah melakukan jenayah kini mejadi seorang yang lebih hebat hari ini.. apa kata mereka... saya belajar dari kesilapan saya....
Nampak tak...

Semua orang buat silap... dan kita juga buat silap...kecil mahupun besar.... kita masih berpeluang untuk memulihkan semula luka luka itu...

Seperti bagaimana luka yang ada ditangan itu ...esok harinya pasti akan sembuh semula...meskipun ada sedikit kesanya..tapi ia seperti sejarah...tak akan padam dan dipadam...ia mengingatkan kita...suapaya kita tidak lupa....kita jua pernah melakukan kesalahan... dan adanya parut itu... supaya kita jangan lakukanya semula.... sebab kita tahu ia sakit untuk dirasai semula....

Seperti bagaimana sebuah rumah yang cantik ..tersegam indahh... yang dibina dengan kukuh dan utuh... tapi hakikatnya bila ia di bom ke ape ke.. .. akan runtuh dan rosak strukturnya... tapi kita tak tahu runtuhan yang dulu telah menjadikan bagunan rumah itu jauh lebih baik dari semalam...kita tak tahu bagunan itu telah menjadi jauh lebih baik dari sebelumnya... hebatkan... sunnatullah Allah s.w.t.....

Kita diajar untuk melihat setiap kejadian dalam hidup kita untuk tahu akan betapa kita perlu meneliti akan kenapa kita perlu tahu....

Sebagai contoh... hidup manusia pun mcm alam jua.. hujan , matahari, lembap =  pahit, manis = suka , duka = malam = siang malam.... sangat berkait...
sperti pokok juga.... bercabang... sperti mana liku liku hidup manusia.... juga seperti pokok yang jika dijaga maka baiklah ia tapi jika tidak akan mati lah ia...

indah kan... cuba seketika kita sahut seruan hati melihat ciptaan Allah seketika... dikala terik mentari mungkin kita dapat merasa kehangatan yang luar biasa....INSYAALLAH



itu shaja ceramah ana hari ini..hehehe.... maaflah jika ada yang silap....updated few weeks  ago... hari nie publish... entah apa yang ana merapu nie.....apa yang baik ambil lah... tak baik pergi buang jauh2 k......hehehe ;-)

KITA SEMUA INGIN ERJAYA

Bismilahirahmanirahim......




1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.



YOU ARE STRONG


Bismillahirahmanirahim....

Nak Tanya sesuatu ??? pernah tak buat mcm nie > Tengok cermin..... tengok muka ukhti kat cermin dan kata pada diri ukhti SAYA KUAT LALUI SEMUA NIE....SAYA BOLEH......selepas tue tiba tiba air mata menitik dengan sendirinya....

Or mcm nie.... sedang dalam perjalanan menuju ke destina mana mana lah ukhti nak pergi kan... tengok langit dan.... tiba tiba air mata menitis....

Sukar untuk digambarkan perasaan ini.... Cuma atas penjelasan yang ana terima dari beberapa teman ana.... dan ini lah yang mereka kata.... sangat berhasil...... 

Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.

Hari ini rata ratanya teman teman ana mengakui perkara ini... then ana cerita tentang ini... bagaimana Allah sayang sangat kat hambanya... penerangan seterusnya ana ambil dari hamba Allah yang yang berbicara tentang hakikat ini..... cuba fikir2 kan...sekadar kongsian



Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya menguntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.


Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

>Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama² merenungkan ayat ini..

"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...