bismillahirahmanirahim
Allah berfirman (maksud):
Dalam sesetengah tafsir disebut..
Sekarang rujuk siri gambar-gambar di bawah.
Gambar di bawah : Naica Giant Crystal Cave
Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)
Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)
Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):
“Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)
”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak
bergoncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan
jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”
Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah
gua yang terletak di Naica Mexico. Gua ini dipenuhi dengan batu-batu
Kristal yang berbentuk seperti pasak atau pancang seperti yang biasanya
dipasang pada bangunan –bangunan besar. Ukurannya ada yang mencecah 12
meter panjang.
Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja
kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang
dijumpai .
Gambar di bawah : Naica Giant Crystal Cave
Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia datang untuk melakukan kajian.
Pengarang buku The Earth (Bumi), yang menjadi rujukan banyak universiti
di seluruh dunia, Dr. Frank Press, menyatakan bahawa gunung-ganang
hanyalah sebahagian daripada ‘sebuah binaan yang besar’ di mana akarnya
memanjang jauh ke dalam perut bumi.
Dr. Press seterusnya menyatakan bahawa gunung-ganang sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi.
Inilah yang telah dinyatakan oleh Allah menerusi kitab sudi Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.
SUBHANAALAH.....
No comments:
Post a Comment
i LovE AlLaH