Tuesday, November 20, 2012

AMAN PALESTIN




BANGI – Aman Palestin (AP) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan tidak berperikemanusiaan Israel melalui udara dan laut yang mensasarkan orang awam di Gaza, menurut Ketua Pegawai Eksekuti AP Awang Sufian Awang Piut.
AP meminta kerajaan Malaysia berbuat sesuatu kerana tindakan tidak bertanggungjawab Israel yang telah membunuh sekurang-kurangnya seorang pemimpin Hamas dan tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak adalah tindakan tidak bertanggungjawab, kata Awang Sufian.
“Kami berharap rakyat Malaysia mengambil perhatian yang lebih serius mengenai isu Gaza kerana melalui sumber-sumber kami disana, terdapat kemungkinan apa yang berlaku pada tahun 2008/2009 akan berlaku sekali lagi. Mereka memerlukan doa dan bantuan rakyat Malaysia, ini sememangnya tanggungjawab kita,” katanya.
Awang berkata dari sumber pejabat Aman Palestin di Gaza melalui pengurus cawangan AP Gaza Ir. Omar Seyam, serangan masih berterusan di Gaza sehingga kini dan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga.
“Omar Seyam berkata Gaza berada dalam keadaan genting dan berjaga-jaga sekarang ini untuk menerima sebarang kemungkinan. Terlalu sukar untuk digambarkan,” katanya mengenai perbualan telefonnya yang terakhir pada jam 2 petang waktu tempatan bersama pengurus AP Gaza itu.
Manakala, Malaysia melalui Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam berkata pembunuhan komandernya Ahmed Al-Jaabari di Gaza pada hari Rabu bererti Israel telah membuka laluan ke neraka untuk mereka.





BANGI – Serangan udara Israel yang membunuh pemimpin Briged Al-Qassam, Ahmad Al-Ja’bari pada Rabu lalu telah pun dibalas semula oleh pihak Hamas.
Itu adalah janji Hamas terhadap setiap siri serangan Israel sebagai pembelaan dan bukti bahawa perjuangan rakyat Palestin tidak pernah luntur.
Demikian kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Awang Sufian Awang Piut ketika dihubungi wartawan ISMA berhubung isu terkini di Gaza.
“Sememangnya Hamas telah pun melancarkan sijaratun min sijjil, maknanya serangan yang akan memberikan serang balas kepada Israel disebabkan Israel telah membunuh ketua mereka. Jadi itu memang janji Hamas sebelum ini bahawasanya mereka akan membalas setiap serangan yang Isrel lakukan ke atas mereka.”
Tambah beliau, serangan Israel akan berterusan tetapi rakyat Palestin akan terus berjuang mempertahankan tanah air mereka dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Serangan Israel ini bukanlah serangan pertama dan terakhir, ianya merupakan serangan yang sentiasa berterusan dan terancang yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Gaza yang bertujuan untuk melemahkan semangat perjuangan rakyat Palestin supaya mereka tidak berani lagi untuk bangun menentang Israel.
“Tapi kita perlu ingat bahawasanya rakyat Palestin adalah rakyat yang kuat yang mampu untuk berjuang dalam keadaan macam mana sekalipun,” tegas Ustaz Awang Sufian.
Rabu lalu, Ahmad Al-Ja’bari yang merupakan pimpinan Briged Al-Qassam iaitu sayap tentera Hamas telah mati syahid setelah kenderaan yang dinaikinya dibom oleh Israel.
Briged Al-Qassam sejurus selepas itu melancarkan serangan balas yang telah dihalakan ke beberapa buah kawasan di Israel.

No comments:

Post a Comment

i LovE AlLaH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...