Bismilahirahmanirahim..
Once upon the
time… hehehe..jeng jeng jeng…. TUA??? Apa tue ea??? Actually tu nama kucing
ana…. Dah lama dah perkara ni berlalu tapi dikesempatan yang ada nie ana nak
kongsi sesuatu… sad story kot for those yang suka kucing….
Ana panggil
kucing ana tua sebab dia dah tua…Heee……dulu tak panggil tua tapi since bila
panggil tua dia datang so panggil dia tua..hehehe….
Here the story…
Tua bukan
lah kucing jalanan yang ana pungut atau ambil.. tua adalah kucing yang memang
lahir didepan mata ana sejak dia hadir dalam dunia nie…. Melihat saiz dia yang
semakin membesar adalah perkara biasa memandangkan banyak kucing sangat kat
umah….14 kucing kat umah mana taknya kan….. Tua bukan lah kucing yang cantik
atau comel macam kucing yang biasa kita tengok kat TV atau lebih dikenali sebagai
Kucing Parsi… Tua biasa2 saja….
Tua nie
teman ana bermadah…berkata kata..macam orang dah Tua bagi ana… ana kongsi
cerita ana sambil nangis..terasa Tua lebih memahami ana saat ana ada masalah
ketika itu…. Dia dengar jeee..dan tunjuk muka sedih dia tu….. sedih ana bila
tengok dia tak makan….
Semakin masa
berlalu Tua dan Makin menjelang umur yang agak tua juga bagi seekor kucing….
Masa tue ana
dah nak sambung study dah..kat Melaka.. jauh juga… ana tahu ana akan tinggalkan
Tua… ana ada cakap sesuatu masa tu… ana masih ingat lagi kata kata ana awal
pagi sebelum ana berangkat ke lapangan terbang…ana kata “ Bila ana balik nanti
Tua mesti ada lagi kat sini sampailah ana habis belajar okey”…..
Masa berlalu
pantas cuti semester pertama ana dah start…. Gembiranya..hehe…. macam biasa
bila sampai rumah ana cari Tua… ana Nampak tua macam biasa kat bawah kerusi tue
tidur…hehe…. Nie lah kegiatan tua kebiasaanya tidur je..ZzZzZzZZzz
Bila je
habis cuti macam biasa Ana akan kata “ Bila ana balik nanti Tua mesti ada lagi
tau” tu lah yang terdetik di hati ana…saat ana kembali semula meyambung
pelajaran ana….
Jarang juga
ana kongsi tentang tua ngan kawan2… walaupun sebenarnya ana ada kucing kat
umah…. tapi bila Nampak ada kucing serupa ngan tua ..ana ingat kat dia…
Pendek kan
cerita ana dah semester 4 Study kejap je masa berlalu kan….. masa ana balik
macam kebiasaanya juga tua masih ada kat umah….. tua ada lagi kata hati ana…
tapi dia selalu sangat dah luka sejak kebelakangan tue….
Bila luka
je… ana ada ubat yang ana sapu selalu kat dia nama dia CALAMINE LOTION… ubat
nie untuk manusia sebenarnya..ubat untuk kesan luka yang selalu ana tampal kat
muka…..awal masa luka dulu dia kesakitan juga tapi dah lama lama tua datang
sendiri kat ana untuk bagi ubat…sebab tua selalu sangat luka…tapi Alhamdulillah
luka dia sembuh.. macam nie la rutin ana setiap kali balik rumah masa cuti
semester…basuh luka tua…sapu ubat dan bercakap-cakap ngan dia……
Masa semakin
singat rasanya masa tue…. Ana dah semester 5 dah…sebulan cuti sebelum
kesemester 6…..
Awal pagi
ana sampai rumah ana… tua tak ada kat rumah…. Ana cari dia…. Tapi tak jumpa….
Bila malam…. tua baru balik…. Nampak lapar sangat masa tue tua..tak makan
rasanya seharian…. Masa tue ana agak sibuk juga sebab ana praktikal..tak ada
kat umah tengok dia… kadang setiap malam bila ana dikejutkan bangun ana masih
Nampak tua tidur kat bawah kerusi tue…. Nyenyak tua tidur….luka kat badan dia
semakin pulih dah masa ana balik…..
Tapi ada
satu hari tue..tua balik rumah dalam keadaan luka teruk sangat…ana bagi dia
ubat calamine tue untuk disapukan kat badan tua…..tua macam dah sakit
sangat..dia tak pernah mengelak dah dari ubat tue masa ana sapukan kat badan
dia…terutama sekali kat kepala dia…. Cuma dengar la sikit suara tua macam
kesakitan…. Penuh badan tua dengan warna putih sebab ubat tue….
Ana tak tahu
kenapa…. Sejak masa cuti semester ni berlangsung..ana kerap kali ambil gambar
tua…..ada satu ketika tue ana kat dapur ngan tua…ana macam biasa lah cerita
ngan dia…cakap cakap… detik hati ana bersyukur sangat sangat sepanjang ana
belajar diperantauan tua sentiasa di rumah setiap kali ana balik cuti semester…
bicara hati ana…..terima kasih sebab masih ada kat sini sampai sekarang..seolah
olah dia tunaikan janji sejak awal dan mula ana kata kat tua masa mula2 sambung
study dulu….
Malam tue
ana ambil gambar tua banyak sangat…
Nie antara
nya… kat kerusi macam biasa lah tua selalu…
***********
Akhir nya …
ana dah selesai belajar…. 6 semester berlalu sekelip mata saja….banyak sangat
yang ana belajar..terutamanya erti sebuah pokok dan hujan dalam hidup ana….
Malam tue
ana sampai kat sabah maksudnya umah ana..malam dah ..tak silap jam 9.30 lebih…
sampai je kat umah……biasanya ana Tanya kat adik ana..tua kat mana??? Tapi malam
tue ana tak Tanya dan tak nampak tua kat umah langsung…. ana pun tak lah cari sebab letih seharian kat lapangan terbang….sampailah
bila ana terbangun dari tidur sejak balik tadi…. Pukul 12.40 malam tak silap …. Ana
Nampak abang ana kat dapur…. Jadi ana pun cerita2 lah sikit…
Tiba tiba
saja ana Tanya kat abang ana “ Tua kat
mana”???.... then….abang ana cakap tua dah Tiada……..!!!!!!!!
Menitis air
mata ana teringatkan dia…bila abang ana cakap…ada satu masa tue tua ada balik
rumah keadaan dia teruk sangat..luka dia jauh lebih teruk dari kebiasaanya… tapi
abang ana cakap dia datang kejap je..seolah olah nak ucapkan selamat tinggal….selepas
dari hari tue Tua tak ada balik balik lagi dah…...semakin ana dengar cerita tue
makin berderai air mata ana jatuh… detik hati ana tak sempat pun tengok dia….
Abang ana
cakap…. Mungkin Tua tak nak bagi tengok kot kat ana bila saat dia akan pergi….
Masa tue ana
teringat akhir sekali yang terdetik kat hati ana…. Mungkin ada sebab kenapa ana
teringin sangat ambil gambar dia banyak banyak masa cuti semester lepas…
sekarang ana dah habis study… dan masa tue juga dia dah pergi…. Kata hati ana…
Tua dah tunaikan janji dia untuk masih teruskan hidup sehingga lah ana
menamatkan pengajian ana….
Tua ada
pergi…. Yang tinggal potret yang ana simpan saat terakhir kali ana masih
melihat dia….
*Ana simpan
kenangan ini….sampai lah tatkala Nampak kucing serupa dengan warna badannya
yang kelabu…ana akan teringat dia…. Mungkin nie yang terakhir detik hati ana….
Sekarang kat
umah ana papan,nieme,buyut,hitam,coklat,mama oren dan banyak lagi menceriakan
rumah ana..hehehehe… (opss terlupa tue nama kucing..hehehe)
No comments:
Post a Comment
i LovE AlLaH