Bismilahirahmanirahim....
"sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar. dan memberikanya rezeki dari arah yang tiada disangkah-sangka. dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkanya" (Ath-Tholaq : 2-3)
"sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar. dan memberikanya rezeki dari arah yang tiada disangkah-sangka. dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkanya" (Ath-Tholaq : 2-3)
Hati seseorang akan
mudah tertawan apabila melihat suatu kecantikan atau keindahan. Dari
mata, akan turun ke hati. Wujudlah perasaan cinta, sayang, rindu, kasih
dan yang seumpamanya. Kemudian, hati pula mula berani untuk mendekati si
dia. Akan terjalinlah hubungan yang kononnya dianggap rasmi
iaitu couple. Apabila sudah bercouple, berani pula melakukan
perbuatan-perbuatan yang menjadi mukadimah kepada perzinaan. Akhirnya?
Menyemai cinta
dengan cara bercouple dalam Islam adalah tidak dibenarkan. Ya Allah,
Jagalah Dia untukku menyediakan panduan kepada semua lapisan masyarakat
bagaimana untuk menyemai cinta disamping meraih keredaan Allah SWT.
Sememangnya kita
memerlukan cinta daripada si dia. Tetapi cinta kepada-Nya lebih
diutamakan dan diperlukan untuk meraih cinta si dia. Setiap cinta
memerlukan komitmen. Komitmen yang selari dengan ajaran dan panduan
Islam supaya rumah tangga yang dibina mendapat mawaddah.
Sebelum si dia
menjadi pasangan hidup kita, janganlah dihalalkan perhubungan yang
haram. Yakin kepada Allah. Allah akan menganugerahkan pasangan yang
terbaik untuk diri kita. Tadahlah tanganmu, berdoalah kepada Allah minta
dipermudahkan segalanya. Bertawakallah setelah berusaha. Insya-Allah,
Allah akan membantu.
Diharapkan dengan
adanya naskhah ini, dapat dijadikan panduan bagaimana cara bercinta
dalam Islam. Manfaatkanlah ia supaya naskhah yang berada di tangan anda
ini sedikit sebanyak mampu membantu untuk mendapatkan pasangan hidup
seiring dengan syariat.
Terima Kasih jua ana tuju kan buat sahabat ana Siti Dari KELANTAN Khabarnya.. atas warkah ilmu yang diberikan ini.. syukran jiddanx100000...... hehe ;-)
No comments:
Post a Comment
i LovE AlLaH