Thursday, December 20, 2012

KHAS BUAT SAUDARA MUSLIMKU




Lahirmu kerna satu tujuan
Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
Kemanisan dunia tidakkan berkekalan
Jangan sampai kau sesat di hujung jalan
Wahai diri

Hari harimu berlalu tanpa kau sedari
Bulan dan tahun silih berganti
Ramadhan, syawal....muharam....
Kehidupan semakin menjauhi
Kematian pula datang mendekati

Wahai diri
Alam dan makhluk sukar mengasihi mu
Masa turut terus meninggalkanmu
Manusia tidak akan selamanya bersama mu
Yang pasti,
Hanya Tuhan bias sentiasa menemanimu

Wahai diri
Mengapa wujud takbur dan berbangga??
Sedang kau hanya satu lagi ciptaan-Nya!!
Yang tiada upya lemah tidak bermaya

Wahai diri, 
mengapa kau masih ingkar
Berani suruhan dan larangan- Nya kau langgar
Kau nahi yang makruf, kau amar yang mungkar
Sungguh berani kuasa-Nya kau cabar
Mujur Tuhanmu Maha Bersabar

Wahai diri
Mengapa kau biar dirimu terleka
 Yakinlah kau akan satu perkara setiap amal pasti akan dibalas-Nya
Maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya

Wahai diri
 Buanglah ego dan sombong mu
Mintalah keampunan dari tuhan mu
Andai selamat yang kau mahu
Di hari yang dahsyat dan tidak menentu

Wahai tuhan,
Terimalah ampunanku..
“dan janganlah sekali-kali lamu( Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak”
“mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dan mengangkat kepalanya sedang mata mereka tidak berkedip kedip dan hati mereka kosong”

“dan berikanlah peringatan kepada manusia
Terhadap hari (yang pada wakt itu) datang azab kepada mereka,
Maka berkatalah oraang orang yang zalim:

YA TUHAN KAMI,BERI TANGGUHLAH KAMI (KEMBALI KE DUNIA) WALAUPUN DALAM WAKTU YANG SEDIKIT,NESCAYA KAMI AKAN MEMATUHI SERUAN ENGKAU DAN AKAN MENGIKUTI RASUL-RASUL”.(KEPADA MEREKA DIKATAKAN):
BUKANLAH KAMU TELAH BERSUMPAH DAHULU (DI DUNIA) BAHAWA SEKALI-KALI KAMU TIDAK AKAN BINASA?

No comments:

Post a Comment

i LovE AlLaH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...