Kalau kita dah couple dengan seseorang dan janji nak kahwin
dengan dia, perlukah buat solat istikharah juga. Nanti kalau buat bukan
jodoh kita macam mana?
Jawapan:
Jawapan:
Assalamualaikum WBT.
Terima kasih kerana bertanya. Moga apa yang saya nak jelaskan ini ada
manfaatnya buat yang bertanya. Kalaulah kita sudah ber’couple’, yang
membawa makna, kita sudah ada ‘steady boyfriend’ atau ‘girlfriend’.
Langkah pertama ialah kita kena insaf kalau ‘coupling’ itu menjurus
kepada kita bertemu selalu, memadu kasih mesra sepertimana yang lumrah
berlaku di zaman sekarang, ianya adalah satu dosa yang kita kena
tinggalkan SERTA MERTA.
Walaupun niat pada asalnya hanya untuk bertemu untuk membincangkan
sesuatu perkara, tetapi jika pertemuan itu dilakukan di tempat yang
boleh menimbulkan fitnah, ia amat ditegah oleh syarak.
Jika kita masih bergelumang dengan perkara seumpama itu, melakukan solat istikharah
itu merupakan satu usaha yang sia-sia kerana mencampuradukkan maksiat
dengan Islam itu adalah satu usaha yang tidak membawa berkat.
Tetapi, setelah kita menyedari hakikat ‘coupling’ itu satu yang
ditegah oleh syarak, pasangan kita itu pun sudah menyedari dan menyesali
perbuatannya selama ini, maka seelok-eloknya kita lakukan solat
istikharah.
Kerana dalam doa istikharah itu terkandung maksud, kita tidak tahu
samada pasangan kita itu secocok dengan kita atau tidak. Kita mohon petunjuk dari Allah. Jika benar ia untuk kita, maka mudahkanlah. Jika dia bukan jodoh kita maka jauhkanlah.
Setelah itu kita pasrah kepada ketentuan Allah. Jika
entah macamana, hendak kahwin itu agak sukar atau kita rasa tawar hati
dengan pasangan kita itu atau hati rasa tak sedap untuk meneruskan
hubungan sehingga ke jinjang pelamin, maka pasrahlah dengan ketentuan Allah dan redha.
Dalam kehidupan ini banyak sudah berlaku teruna dara yang kononnya
‘kamcing’ kerana dah kenal begitu lama, sudah coupling begitu lama,
sudah masak dengan perangai dan akhlak pasangan begitu lama.
Akhirnya bila berkahwin, kelam kabut juga rumah tangganya. Kerana rumah tangganya tidak dibina atas dasar takwa kepada Allah.
Tetapi mereka yang tidak pernah kenal. Kalau kenal pun sekadar biasa sahaja apabila berkahwin mengikut petunjuk Ilahi – akan terasa barakahnya.
Masya Allah syariat Allah itu nampak susah pada asalnya tetapi bila
dilaksanakan kebahagiaan akan dikecapi tetapi maksiat itu nampak cantik
dan baik pada awalnya tetapi kesengsaraan adalah natijah dihujungnya.
Wallahu’alam. Semoga sedikit sebanyak membantu.. :)
No comments:
Post a Comment
i LovE AlLaH