Sunday, August 26, 2012

PROUD TO BE HERE

Bismillahirahmanirahim

for those whos born in SANDAKAN.. u should proud this!!!
let me show yo something....hehehe...before tu..nak cite lu '-) masa boring duduk kat rumah sebelum cuti raya..tok tok tok..ana jalan g liabry sandkan....tempat bersejarah mencipa Teenegers club kat sana..tue cita lama...skang yang sedih liabry tue dah tak aktif lg club remaja dia '-(...tapi ada yang BEST...liabry sandkan dah kena CAT BARU..huhuhu..hehehe... otw buat keja kat sana..jeng jeng jeng..tetiba ana menemui harta karun..peeerhhh..hebat..banggga nie.... most famous writer has write about land we live now...waaaahhhhhhhh...i proud to be here...no matter what people say about my place....buruk ke...tak lawa ke..tak canggih ke...tak moden...that was NOTHING...I LOVE SANDAKAN....

LET ME SHOW YOU THISSSSS...


                                                       waaaaahhhh.......hebat nie...!!!

                                                       silence conspiracy tuuuu..peerrhhhh..

THIS BIG BANGGGGGGGGG.......
                            nie semua harta karun tue......sejarah yang penuh bermakna...


NIE PULA SUPER BIG BANG...!!!!!

         waaaaahhhhhh...banyak kan???? semua tentang sabahan people...u should proud this..hundred of  place we one of the list....thank you...Alhamdulillah....

 like i said...for all those whos born here...SANDKAN...then you have to know this,,,,, walaupun tak baca....hehehe...... tapi agak bermakna betul tak....kat cini lah kita lahir..tempat kita bersekolah...dapat teman...gaduh...lepak...makan2...semua lah....tentu mengamit rasa bila kita menghargai semua ini....

nice memory...!!!!




Wednesday, August 8, 2012

JIKA BERTENGKAR DENGAN SUAMI..

bismillahirahmanirahim

first of all... beberapa up dated post nie ana copy dari pakar cinta... baca lah..hehehe
 
Ada waktu di mana pasangan suami isteri diuji dengan ketidaksefahaman satu sama lainnya dalam suatu perkara. Sebagai wanita solehah, hendaklah selalu menjaga adab serta kesopanan dalam berbicara.


“Kehormatan suami sebagai pimpinan keluarga tetap dijunjung tinggi. Rasulullah saw bersabda, “Isteri yang mahu menerima sifat pemarah suaminya, akan diberi ganjaran oleh Allah dengan ganjaran yang sama seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzhahim (isteri Firaun).” ( Kitab Biharul Anwar, 247).
 Rasulullah SAW bersabda, “Bila dua orang muslim tidak saling berbicara selama dua hari, maka keduanya telah keluar dari Islam, dan tidak akan ada persahabatan yang tersisa pada mereka. Dan salah seorang dari mereka yang mempunyai niat untuk berbaik kembali akan masuk syurga lebih cepat daripada yang lainnya pada hari Hisab.” ( Biharul Anwar, 103).
Juga sebagai seorang wanita solehah hendaknya memahami  aturan Allah dalam hal berselisih di antara suami isteri. Jika perselisihan ini disebabkan nusyuz-nya isteri, maka Allah memerintahkan beberapa jalan yang harus ditempuh oleh suami dalam memperbaikinya. Iaitu dengan cara;
1. Memberi nasihat
2. Berpisah tempat tidur
3. Pukulan (yang tidak menyakitkan). Peraturan ini telah diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya: “Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur, dan pukulah mereka. ” (An-Nisa: 34) .
Tentu sebagai wanita solehah, bila terjadi perselisihan, dan kesalahan di pihak kita, maka cukup dengan nasihat. Lalu segera memperbaiki diri, bertaubat dan beristighfar kepada Allah. Hendaklah jangan sekali-kali terlontar ucapan kotor dan menyakitkan suami dari mulut kita.
Diriwayatkan bahwa Laqit bin Shabirah ra. bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, aku mempunyai isteri yang lisannya suka mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.” Sabda baginda, “Ceraikanlah dia.” Aku berkata, “Aku mempunyai anak darinya dan aku telah hidup bersamanya lama sekali.” Sabda baginda, “Nasihatilah dia, jika dia mahu menerima nasihat, maka terimalah. Dan jangan kamu memukul isterimu sebagaimana kamu memukul hamba-hambamu.” (Abu Dawud).

Thursday, August 2, 2012

KALO TAK ADA JODOH MCM MANA??? =) REDHA OK...

Kalau kita dah couple dengan seseorang dan janji nak kahwin dengan dia, perlukah buat solat istikharah juga. Nanti kalau buat bukan jodoh kita macam mana?


Jawapan:

Assalamualaikum WBT.

Terima kasih kerana bertanya. Moga apa yang saya nak jelaskan ini ada manfaatnya buat yang bertanya. Kalaulah kita sudah ber’couple’, yang membawa makna, kita sudah ada ‘steady boyfriend’ atau ‘girlfriend’.
Langkah pertama ialah kita kena insaf kalau ‘coupling’ itu menjurus kepada kita bertemu selalu, memadu kasih mesra sepertimana yang lumrah berlaku di zaman sekarang, ianya adalah satu dosa yang kita kena tinggalkan SERTA MERTA.


Walaupun niat pada asalnya hanya untuk bertemu untuk membincangkan sesuatu perkara, tetapi jika pertemuan itu dilakukan di tempat yang boleh menimbulkan fitnah, ia amat ditegah oleh syarak.
Jika kita masih bergelumang dengan perkara seumpama itu, melakukan solat istikharah itu merupakan satu usaha yang sia-sia kerana mencampuradukkan maksiat dengan Islam itu adalah satu usaha yang tidak membawa berkat.
Tetapi, setelah kita menyedari hakikat ‘coupling’ itu satu yang ditegah oleh syarak, pasangan kita itu pun sudah menyedari dan menyesali perbuatannya selama ini, maka seelok-eloknya kita lakukan solat istikharah.

Kerana dalam doa istikharah itu terkandung maksud, kita tidak tahu samada pasangan kita itu secocok dengan kita atau tidak. Kita mohon petunjuk dari Allah. Jika benar ia untuk kita, maka mudahkanlah. Jika dia bukan jodoh kita maka jauhkanlah.

Setelah itu kita pasrah kepada ketentuan Allah. Jika entah macamana, hendak kahwin itu agak sukar atau kita rasa tawar hati dengan pasangan kita itu atau hati rasa tak sedap untuk meneruskan hubungan sehingga ke jinjang pelamin, maka pasrahlah dengan ketentuan Allah dan redha.
Dalam kehidupan ini banyak sudah berlaku teruna dara yang kononnya ‘kamcing’ kerana dah kenal begitu lama, sudah coupling begitu lama, sudah masak dengan perangai dan akhlak pasangan begitu lama.
Akhirnya bila berkahwin, kelam kabut juga rumah tangganya. Kerana rumah tangganya tidak dibina atas dasar takwa kepada Allah.
Tetapi mereka yang tidak pernah kenal. Kalau kenal pun sekadar biasa sahaja apabila berkahwin mengikut petunjuk Ilahi – akan terasa barakahnya.
Masya Allah syariat Allah itu nampak susah pada asalnya tetapi bila dilaksanakan kebahagiaan akan dikecapi tetapi maksiat itu nampak cantik dan baik pada awalnya tetapi kesengsaraan adalah natijah dihujungnya.

Wallahu’alam. Semoga sedikit sebanyak membantu.. :)

Adakah Aku Calon Isterimu Yang Tertulis Di Luh Mahfuz?

Duhai Kasih saat kita bertemu, maka Allah yang telah mempertemukan kita, saat kau memilihku, maka Allah jualah yang telah memilihkanku untukmu, dan saat aku menerimamu, maka semata kerana Allah jualah yang megatur hatiku.


Maka, ketahuilah olehmu, aku hanyalah wanita biasa, yang tak sebijak Khadijah, tak sesabar Fatimah apalagi secerdas Aisyah, pun secantik Hawa. Aku hanyalah wanita akhir zaman, yang sedang berusaha menjadi wanita yang sesuai dengan yang telah diajarkan-Nya dan di tetapkan-Nya atasku.

Aku ingin engkau menjadi imamku,

Duhai yang mampu membuat Allah redha padaku atas redhamu.

Aku ingin menjadi yang teristimewa bagimu,

Duhai yang kelak menghuni tempat terbaik di hatiku.

Aku ingin menjadi makmum yang selalu menuruti gerak tauhidmu,

Duhai yang kelak mengalir di deras arus nadi-nadiku.

Aku akan selalu menundukkan pandangan dan menjaga kehormatanku

Duhai yang kelak menjalin simpul kasih di bilik-bilik jantungku.

Aku inginkan kau menjadi suamiku,

Duhai insan yang mampu mengatur langkahku kejannah-Nya.
Dan semua itu akan sukar bagiku, tanpamu pelengkap agamaku, Imam dalam hidupku….



MENCINTAI TANPA KATA SEMPURNA - kongsian pakar cinta




Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba membandingkannya dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…

Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… Itu lebih BERMAKNA!!
kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini… Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…
Mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN.. Itulah PASANGAN saling melengkapi…
Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi.. Pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna… SEMPURNAKAH dirimu?? Tepuk dada tanyalah IMAN…
Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan… Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…

Hargailah kekurangannya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai RedhaNya.. Ingatlah Kesempurnaan Hanya Milik Allah.


RAIN TREE

bismillahirahmanirahim

satu persoalan dan satu pertanyaan...apa itu Rain dan apa itu Tree.??? kedua dua ini di ambil daripada bahasa inggeris sebenarnya yang bermaksud pokok dan hujan....
ana jadi kedua dua sebagai manjah kepada simbolik siapa diri ana...

ana yang bertanya?? napa pilih pokok dan hujan??? ana merasa yakin ada lagi hamba Allah s.w.t yang memilih pokok mahupun hujan ini sebagai simbolik pada siapa mereka dan kenapa memilih... pasti semua ada jawapan betul tak????

terlalu banyak yang nak dihuraikan bila bertanya tentang pokok...cuma mungkin insan yang dapat memahaminya sahaja akan fahami apa disebaliknya...


Wednesday, August 1, 2012

PRECIOUS MEMORY.... DUUUUSSSSS 5

bismillahirahmanirahim...

this the last time kitorang akan dapat berbuka puasa sama sama... memandangkan puasa tahun depan insyaAllah kita tak dapat bersama lagi dah..sebab... semua dah hbs study insyaAllah dan graduate..amin...

plaining byk tempat sgt mula mula tue.... nak g situ sini..situ sini.... mahal..murah..murah mahal....sedap tak sedap..tak sedap sedap... begitu lah gelagat kitorang masa perbincangn nak g berbuka..... biasa lah ukhwah..nak ikut htio sendiri tak boleh..betul tak....??

tapi semua tue tak penting...yang penting we the geng.... rusuh masuk pintu gate..lariiiiii..hahaha....uuupsssss....GENGSTER...hehehe...{wat wat faham}
yang tak boleh bla tue ana ngan ukhti azreen pandai sgt berlakon....wat2 ???? then masuk keta....puuhhhh selamat akhirnya...kata hati ana...tapi pelik juga asal ukhti reen tak letak ... ea???? owhhhhhh..faham2.. nasib ana tak letak kalo tak...hbs lah ana.....;-)

sedih :
kitaorang lamabt berbuka..dah waktu baru smapai tapi tak pe..g beli sikit makanan juga lah kat eaon jusco tue..untuk makan....apa lagi kitorang pun makan....ada kek coklat..agar2..kuah melaka..fries..japanese chcken...n mineral water..

pizza hut pula penuh....kena tunggu lah customers lain cabut baru dapat sit..tapi sebab nak sgt pizza hut..kitaowang pun tunggu lah...sian lan..hehehe...sedih cikit2 je..


nie lah gelagat kita owang...masa tue..antaranya...ana..biha..azreen..farah..biha kak engku puteri nurul hidayah...n ina..... i love u all... thank Allah given me this precious memory with them all..alhamdulillah

TERTIDO

bismillahirahmanirahim...

masuk smester fifth nie.... ana ada sebuah cerita....  SALAH TAK TERTIDO KAT KELAS??????
ana rasa benda tue salah..tapi kalo dah ngnatok sgt pas tue tertido mcm mana??? haaaaa
ana pun tak tahu lah kenapa boleh terlalu ngantok sgt bila waktu kuliah dengan kebanyakan lecture muslimin pula tue...lecture muslimat tak juga....tapi adalah sikit2...

memaksa diri untuk buat gaya study dan baca...

kita mulakan dengan al-fatihah................. jeng jeng jengggggggg
blalalalalalaallalaal.........START MENGUAP DAH.....MATA PULA DAH NAK LAYU....OTAK DAH LARI FOKUS NIE....BUAT BUAT TAK MALU INGAT BACA BUKU...TUNDUK TERSIPU SIPU...

RUPA RUPANYA TERTIDO......hmmmmm

ana tak tahu lah kenapa ngantok sgt....kalo tido awal jadi ngantok..tido lambat tak ngantuk...isk2.....
yang paling terbaik tue....cuba lecture tanya saomething tertiba....MENGELABAH PUNYA...TERKAPAI2 CARI JAWAPAN N BUAT2 FRESH JE.....




peristiwa 31.julai .2010... ana kat kelas ngan lecture muslimin nie....ana memang tertido..sampaikan member ana hulurkan kehadiran pun ana tak gerak2...astagfirullahalazim..shida bangun bangun....ukhti atiqah rafid pula yang pergi bangunkan... suara agak kuat lah sikit....THEN...TIBA LAH SUDAH SAATNYA..

TIBA TIBA..

lecture pun kata  " saya nak kamu semua hafal surah at taubah ayat 60 dengan maksud maksudnya sekali"

Ya Allah....dalam hati ana..habis lah.......habis lah mcm nie....aduuuuuuu.....

dah kena mcm tue..buat2 fresh lah jawabnya....pastu buat buat aleart semula pula...hehehe....
ana gelak sendiri ingat peristiwa semalam... dah macm rutin pula masa kuliah ana tertido...aktu tutorial tak pula.....

value of the story : jangan tido kat kelas nanti tak fokus banyak maklumat yang akan hilang dan tak dapat semasa lecture talk..jadi rugi sgt2 nanti... cuba paksa lah supaya jangan tido k.....cuba dan cuba juga.... apa pun sebabnya...hehe=) gangters hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...