Bismilahirahmanirahim....
entah apa2 je ana rasanya hari ini.... update..and copy... sja je....seems ana dah tak update... so terima lah... baik ambil...buruk jangan buang....tapi simpan...dan kunci jauh2... dan jangan buka2.... hehehe.....
Manusia itu jika kita terlalu mencintainya akan merana, buta panduan.kerana manusia hidupnya takkan kekal.Allah itu jika terlalu mencintaiNya akan bahagia selamanyakerana dia maha abadi
Jika kamu ingin disenangi manusia, maka senangilah mereka
Usahlah mengabaikan seseorang, kerana itu membunuh kasihnya kepadamu. Usahlah melupakannya, kerana kasihnya akan tertutup buatmu
Aku cepat lupa tentang kesalahanku kerana tidak ada seorangpun yang mengingatkanku
Kelembutan wanita adalah adalah lebih hebat dari perkasaan seorang lelaki
Kesempurnaan dan keindahan akan dicipta jika ada cinta, terlindung segala cela dan kecacatan. Setelah hilangnya cinta, perkara sebaliknya boleh berlaku
Mencapai kejayaan adalah penting, tetapi kesungguhan dalam mencapai kejayaan itu adalah lebih penting
Ramai orang memperolehi nasihat, tetapi ramai yang tidak memanfaatkannya
Antara saat indah dalam kehidupan ialah setelah anda mencapai kejayaan yang sebelumnya manusia pernah berkata kepada anda “kamu tidak mampu melakukannya”
Senyumanmu tidak memberi sebarang bebanan kepadamu tetapi memberi makna yang indah kepada seseorang
Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat
Janganlah bersedih hati dengan kata maki dan tuduhan nista yang manusia lemparkan kepadamu, sesungguhnya ianya tidak menghinakan dirimu, tetapi sebaliknya ia telah menghina mereka sendiri
Aku tahu bahawa Allah telah menetapkan rezeki untukku dan tiada mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu hatiku menjadi tenang
Manusia tidak akan terlepas dari pencinta yang memuji dan musuh yang membenci
Dua perkara yang ada dalam kehidupanmu. Angan-angan dan kematian. Angan-angan akan memanjangkannya dan kematian itu akan memendekkannya
Umar abdul aziz: sesungguhnya malam dan siang telah bekerja untuk kamu. Maka hendaklah kamu bekerja pada kedua-duanya
Iblis: aku merasa hairan dengan manusia, mereka mencintai Allah tetapi mereka melakukan maksiat kepadaNya. Mereka membenciku, tetapi mereka menurutiku
Antara perkara yang hairankan ialah seorang ayah mengajar anak kecilnya bercakap dan berjalan, kemudian melarangnya
Jangan kamu minta seorang wanita mencintaimu,. Tetapi buatlah agar mereka mencintaimu
Wanita patut mengikut lelaki kerana mereka diciptakan setelah lelaki
Semakin hebat seorang wanita mencantikkan rupa wajahnya, semakin kuranglah dia mencantikkan rumahnya
Kata-kata seperti ubat. Bermanfaat ketika sedikit dan membunuh jika berlebihan
Tidak perlu anda berkata semua yang anda tahu, tetapi anda perlu tahu apa yang anda ingin katakan
Isteri yang cantik ialah isteri yang menanam kecantikkannya di dalam hati suaminya
Bukan keaiban jika kamu terjatuh, tetapi keaiban ialah kegagalan kamu untuk bangkit
Hati mampu keluarkan suara yang menyatakan bahawa ada seseorang sedang memandang ke arahmu dengan mata hatinya
Salah satu dari cabaran yang hebat ialah kamu mampu ketawa dalam keadaan mata hatimu berkaca duka
Kebanyakan orang akan melupakan kesalahan mereka tetapi aku tidak akan melupakan sebab kesalahan itu berlaku
Pernah orang bertanya kepada saidina Ali: “kenapa berlaku banyak kekacauan di zaman pemerintahanmu, sedangkan kamu adalah dari ahli bait Sallallahu Alaihi Wa Sallam, yang terawal memeluk islam, yang menerima pengiktirafan dari Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Tidak sebagaimana umar yang memerintah umat ini dengan aman dan terserlah keimanan umat itu menguasai.”lalu saidina Ali menjawab: “bagaimanakah mampu akan lakukan sebagaimana umar. Kerana rakyat umar adalah aku dan rakyatku pula adalah engkau.”
Kata seorang ilmuan setelah pulang dari pengajiannya di luar Negara: “wahai kaumku, janganlah engkau terlalu mendahului aku dengan meminta kepada berfatwa, tetapi dahuluilah kepadaku sokongan untuk kulakukan kebaikan dalam kehidupan kita, menyekat keburukan dan melakukan perubahan”
Meninggalkan maksiat adalah jihad dan usaha berterusan membendungnya adalah pertarungan
Isteri cerdik dan solehah mampu mengubah padang pasir kepada taman buahan indah
“Kita memerlukan pemuda yang soleh dan pemudi yang beriman untuk membina institusi keluarga bahagia”(muqawwimaat saadatuzzawaj)
“Ketiadaan diri peribadi Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan jawapan di atas kegagalan dakwah di zaman ini”(syed qutb)